Thursday, October 23, 2008

Muhammad Hafiz: Moga Allah Tabahkan Jiwamu Dik..

"Assalamualaikum ustaz, selepas keluar dari HKL kami terus pulang ke rumah. Hafiz sudah semakin sihat dan macam-macam nak buat sendiri. Kami tetap awasi dia. Kemudian dia mengadu pening, saya gosokkan kepalanya hingga tertidur dan saya pun tertidur di depan tv ruang tamu.Tiba-tiba dia dah jatuh. Jahitan terbuka. Darah banyak keluar. Terus bawa ke Hospital Besar Kuantan. Sekarang di Hospital Besar Kuantan. Doktor nak keluarkan saki baki darah beku. Buat pembedahan kecil. Saya sangat ralat dengankeuaian ini. Sekelip mata sahaja terlepas pandang. Saya rasa dah tak kuat lagi nak hadapinya. Tolonglah doakan keselamatan, kesihatan, untuk Hafiz. Ramai kawan-kawan termasuk pemimpin pelajar dan pensyarah yang bertanya khabar tapi saya tidak bercakap benar kerana saya tiada kekuatan nak cakapkan. Jadi saya minta tolong ustaz terangkankepada mereka. Saya minta maaf. Tiba di rumah 6.30 petang 30 september, masuk Hospital Besar Kuantan 11 malam sama. Dia dah sedar tapi tak bercakap lagi. Terima kasihbanyak atas keprihatinanwarga IPIS kepada anak saya. Semoga Allah merahmati..."

Begitulah sms yang dihantar oleh ibu kepada Hafiz kepada Ustaz Ismail Che Ku yang kemudiannya dipanjangkan kepada saya.

Sebak hati dan perasaan saya tatkala membaca pesanan ringkas tersebut. Tidak dapat saya gambarkan perasaan si ibu tatkala menaip perkataan demi perkataan pesanan ringkas tersebut.

Senyum tabah seorang ibu..

Saya mendapat khabar berita kemalangan yang menimpa Hafiz sehari selepas kejadian. Namun disebabkan kekangan masa pada ketika menyebabkan saya terhalang untuk menziarahi Hafiz di HKL. Apabila saya berkira-kira hendak menziarahi Hafiz sebaik usainya cuti Idulfitri saya dikhabarkan dengan berita sedih dan mengejutkan ini. Hafiz ditahan semula di Hospital Besar Kuantan.

Hafiz menurut cerita yang saya dengar dari mulut ke mulut dalam perjalanan pulang ke IPIS dari KLIA menghantar sahabatnya yang akan berangkat menyambung pengajian. Tetapi Allah mengujinya dengan satu kemalangan motosikal di jalan berhampiran Dengkil. Tanpa siapa mengetahui punca dan sebab-sebabnya. Tiada kesan dilanggar pada motosikalnya. Kes kemalangan Hafiz terus menjadi misteri hatta pihak polis sendiri gagal membuat kesimpulan punca kemalangan tersebut.

Pada hari Ahad yang lepas saya telah menyertai rombongan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) menziarahi Hafiz di Hospital Besar Kuantan. Sebagai memenuhi tuntutan Rasulullah (SAW) yang berbunyi:

“Barang siapa menziarahi kerana Allah semata-mata; maka diseru kepadanya; bahagialah anda dan bahagialah perjalanan anda, anda telah menempah tempat di syurga...”

Menziarahi mereka yang sakit adalah satu tanggungjawab setiap muslim terhadap saudaranya yang lain. Jika hari ini mereka diuji Allah dengan ujian kesakitan, kita belum tentu diuji dengan ujian yang bagaimana.. Mungkin lebih hebat lagi.. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan setiap kesakitan yang dialami oleh seseorang itu berlalu dengan begitu sahaja melainkan Allah akan menggugurkan dosa-dosanya yang lalu. Dalam erti kata lain ujian kesakitan yang dialami oleh setiap hamba Allah itu sebenarnya merupakan satu proses penyucian diri daripada segala dosa yang lepas..
Abang Mat (driver) sedang bertanya khabar kepada bapa Hafiz

Kehadiran kami di sambut oleh bapa dan ibu Hafiz yang kelihatan tenang seolah tiada apa yang berlaku.. Namun kata-kata yang terluah dan diselang seli dengan sekaan air mata menceritakan peri pahit dan kesedihan seorang bapa.. " Kalau Pak Cik tahu Hafiz semakin kritikal selepas di bedah kali kedua Isnin yang lepas.. Pak Cik takkan benarkan.. Namun Pak Cik tak tahu apa lagi yang harus dilakukan melainkan menyerahkan tugas merawat kepada pihak hospital dalam masa yang sama berdoa kepada Allah.."

Hafiz... Allah masih sayangkan kamu.. kerana itulah kamu diuji sebegini.. Sekurang-kurangnya kamu telah diuji dan sedang mengharungi yang maha hebat.. Tetapi kami belum diuji Allah.. Entah bagaimana ujian yang akan kami hadapi nanti.. Mampukah kami mengharunginya.. Sedang melihat keadaan kamu sudah bisa menghamburkan air mata kami.. Moga Allah merahmatimu dik..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Sunday, June 8, 2008

Alam Ria Cuti Sekolah

Alhamdulillah cuti sekolah bagi pelajar-pelajar dan murid-murid sekolah telahpun berakhir hari ini.. besok kelas akan bermula seperti biasa.. Namun bagi bakal guru kepada murid dan pelajar sekolah di Institut perguruan cuti semester masih lagi berbaki seminggu.. mungkin inilah antara kelebihan bakal guru di institut perguruan berbanding murid sekolah.. berkenaan perkara-perkara lain mungkin tiada bezanya antara sekolah dan Institut Perguruan.

Sepanjang cuti sekolah ini mungkin banyak program yang telah dirancang oleh guru pelatih untuk memenuhi cuti sepanjang tiga minggu ini.. dan bermacam peristiwa yang mungkin berlaku.. dan segalanya mungkin akan menjadi bahan dan modal perbualan apabila kembali ke kampus.

Di sini Guru Pelatih ingin mengucapkan Takziah kepada Saudara Mohd Firdaus Saad di atas kehilangan sepupunya yang mati lemas semasa menagkap ikan di laut (Yan, Kedah) dan kepada saudara Shahidi yang kehilangan abangnya seawal cuti baru-baru ini.. semoga Allah merahmati dan mengampuni dosa arwah dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh para syuhada' dan solehin. Iktibar di atas peristiwa ini ialah mati itu bertandang tanpa janji atau permisi.. datang tanpa mengenal usia baik muda remaja dewasa mahupun tua.. yang pasti bila ajal menyapa.. tiada lewat sesaat atau awal sesaat.. tiada tawar menawar.. ia datang menyahut amanah Tuhan.. sama-sama kita tingkatkan amal dan mengingati kematian..

Seterusnya Guru Pelatih ingin merakamkan Takziah kepada ahli Pekomperi (Persatuan Kompang Kotemporari) Institut Perguruan Islam iaitu saudara Fudhail dan Saudara Syukur yang terlibat dalam kemalangan kecil semasa pulang dari membuta persembahan di rumah En Mokhtar Adnan. Kemalangan tersebut menebabkan tulang selangka Saudara Fudhail patah manakala Saudara Syukur mendapat cedera ringan.. Apepun SyafakaLlah.. rajin makan ubat.. Ingatlah tiada satupun kesakitan yang Allah timpakan kepada kita melainkan akan gugur dosa-dosa kita di atas kesakitan yang kita tanggung itu... So Ingat Allah sokmo.. :)

Kepada sahabat-sahabat PISMK, naik cuti merupakan dateline untuk kita menghantar proposal untuk Tesis Ijazah Sarjana Muda kita.. sama-sama la kita ingat mengingati dan tolong menolong antara satu sama lain (tukang tulis ni pun xsiap-siap lagi :))

Sunday, May 11, 2008

salam.. lama sudah saya tidak menyambung catatan dalam 'diari' ini.. hambatan masa yang amat memenatkan menyebabkan segalanya tertangguh... dari minggu ke minggu program maktan dan program peribadi bersambung-sambung.. begitulah kehidupan seorang guru pelatih..

selepas menamatkan PBS.. pada petangnya kami berangkat ke Batu Kurau, Taiping Perak untuk menyertai program anak angkat anjuran kami pelajar kuliah PISMK 5.01 dengan kerjasama dengan penduduk Kg. Repoh, Batu Kurau..

Program ini bukanlah program rasmi yang mendapat peruntukan maktab tetapi ianya satu program atas inisiatif kami untuk merapatkan ukhuwwah dengan ustaz Toreq dan orang kampung beliau.. disamping mengasuh sikap sosial dan muamalat yang baik khususnya kepada kami bakal guru yang bakal posting ini..


Selasa berikutnya kami dikejarkan ke Besut mengikuti perkhemahan unit uniform IPG semenanjung. kami dikerjakan seteruk-teruknya selama 4 hari bermula hari rabu dan akhirnya dibalasi dengan tauliah yang menjadi kenangan manis...

Aaaa.. ini minggu assignment kena kasi hantar.. Aaa xsipa lagi ni..

Jumaat berikutnya saya bersama rakan-rakan JPP dipaksakan pula ke El-Azzhar Camp untuk mengikuti kursus pengurusan organisasi.. nasib baik tidak terlalu menekan.. dapatlah kami berkursus sambil bercuti.. he he he..

Sesampai je maktab jam 4 ptg.. terus menidorkan diri sehingga dikejutkan pada jam 6 ptg.. arghh Asar dah lewat..

" woii.. bangun cepat.. ada ujian kecergasan.. da lewat ni.. datang gym cepat.." Aaaa.. mati la saya.. macamana nak buat ujian kecergasan dengan badan tengah tak cergas ni..

pagi esoknya kami berangkat ke Pangkor.. mengikuti BIG sehingga khamis.. aaaa xlarat..

Tapi fikir-fikir balik p program macam ni macam p honeymoon je.. he he he

Lusa exam... aaaaa xbaca buku lagi ni...

jumaat

Sunday, March 30, 2008

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

bermula Isnin lepas sehingga jumaat ini, pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan (PISMK) akan mengikuti program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). di sekolah-sekolah sekitar Bandar Baru Bangi.

Setiap pelajar yang belajar di IPG (Institut Pendidikan Guru) dikehendaki mengikuti program ini. program ini juga dikenali sebagai School Base Learning (SBE) dan dahuluinya dikenali sebagai Rancangan Orientasi Sekolah.

Bagi pelajar KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) mereka baru sahaja menghabiskan PBS masing-masing pada Jumaat lepas. Manakala bagi pelajar PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) Sem 1 mereka telah menghabiskan PBS mereka dua minggu yang lepas. Tinggal kami pelajar PISMK Sem 5 di sekolah terkontang-kanting tanpa haluan dan tujuan penuh keboringan di sekolah.

Tanpa Haluan?

Saya mengatakan program ini tanpa haluan yang jel;as kerana pelajar PISMK dikehendaki membuat kajian untuk tesis sarjana muda mereka. Namun selepas empat kali PBS kami masih belum diberi panduan dan skop yang jekas. cuma akhir sekali baru-baru seorang profesor madya daripada OUM (Open University Malaysia) dan dua orang pegawai BPG (Bahagian Pendidikan GURU) datang melawat kami (@merawat?). ketika itu seorang Doktor daripada Jabaran R&D sedang membuat pembentangan berkenaan research kami yang mana doktor tersebut juga tidak tahu hujung pangkal kajian kami. Cuma akhirnya pada akhir pembentangan semasa sesi soal jawab, profesor madya tersebut telah mengambil bahagian dan cuba menerangkan keadaan sebenar berhubung skop kajian kami.. sekejap2 action research, kejap2 conventional research.. akhirnya kami pun pening.. gajah sama gajah bertekak , kami kancil tersepit menjadi mangsa keadaan.

Kepeningan inilah yang kami bawa bersama-sama untuk melakukan research di sekolah tanpa haluan yang jelas.. justeru macam-macam aktiviti yang telah dilakukan bagi mengisi kekosongan akibat kepeningan kami ini.

Apa aktiviti kami?

Hari pertama kami ditugaskan untuk melatih nasyid.. Mungkin sebab UStaz dan ustazah tu nak bagi kami pengalaman.. (sangka baik.. kalau buruk sangka: ustaz dan uztazah tu nak lepas tangan .. senang kerja depa.. he he..)..

Setelah dua jam setiap hari selama seminggu melatih budak2 yang sememangnya ada sedikit bakat dan sukar untuk digilap ini, kami meneruskan aktiviti rutin dengan cuba menyiapkan assigment yang masih banyak berbaki (bukan berbaki memang banyak yang xsiap..)

sambil2 tu surf internet kebutulan wireless kuat.. dan komputer kat lab laju pulak internetnya.. maka melongolah kami di situ membaca paper, blog dan yang sewaktu dengannya sehinggalah menjelang pukul 1 tengahari.. ha ha ha...

Tapi Jumaat lepas kami menjadi VIP di sekolah.. SK putrajaya ! Presint 8 telah menjemput saya memberikan ceramah sempena Maulidurrasul.. walaupun dalam keadaan tidak bersedia namun berbekalkan slide yang telah jemu saya paparkan kepada audien lain.. hari ini saya paparkan slide yang sama kepada budak-budak kecik yang suah untuk dilayan ini.. dengan pengalaman mengelentong budak2 supaya dorang insaf akhirnya budak SKPJ 1 P8 ini pun berjaya diklentongkan.. ada la riak-riak cemas bila saya tunjuk video mayat tsunami sebagai balasan orang yang xsolat.. he he padan muka.. len kali sombong lagi dengan ustaz muda ni..

Alhamdulillah dapat layanan istimewa daripada guru-guru yang masih belum kami berkenalan kesemuanya.. dijamu nasi lemak dan teh... sambil makin dan borak baru kami tahu kat cni ramai student IPIS yang sedang praktikum dan menjalani PBS.. da yang paling saya terkejut rupanya student IPPM (Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka) tu sebenarnya orang kampung say.. waaa.. malunyaaa.. tu la berat sangat mulut nak borak dengan orang.. org satu kampung pun dah xkenal...

tapi hari ini boring xterkata.. xde aktiviti yang boleh kami lakukan.. cuma aktiviti yang boleh menarik perhatian kami untuyk fokus hanyalah internet.. JOM blogging.. ha ha ha

Pertamanya...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah syukur akhirnya berjaya juga kali ini saya mewujudkan laman blog untuk guru pelatih..

Menyedari keperluan kita sebagai seoprang guru untuk berkongsi maklumat dan pandangan saya kira blog seperti ini wajar diwujudkan.

Saya sebagai seorang guru pelatih terasa sangat rugi apabila pengalaman selama hampir 4 tahun berda di makatab ataupun institut perguruan tidak dapat dicoretkan untuk tatapan dan renungan bersama..

Namun baki setahun setengah marilah sama-sama mengukir memori indah ini di laman blog ini InsyaAllah..